Rabu, 11 April 2012

NASI HIMPIT PLUS LONTHONG


Bahan-bahan
(a) nasi himpit
  • 260 g (2 paket) beras ketupat nasi
  • 2 liter (10 cawan) air
  • 1 helai daun pandan
(b) kuah lotong
  • 400 ml (2 cawan) santan cair, diperah daripada 1/4 biji kelapa
  • 400 ml (2 cawan) susu rendah lemak atau susu tanpa lemak
  • 10 g kunyit basah, dikisar
  • 40 g (4 ulas) bawang merah, dihiris
  • 70 g (2 batang) serai, diketuk
  • 75 g (5 biji) cili merah, dihiris nipis
  • 115 g (5 batang) kacang panjang, dihiris serong
  • 200 g (1 biji saiz kecil) lobak merah, dihiris memanjang
  • 100 g (1/4 saiz kecil) kobis, dipotong besar
  • 150 g sengkuang, dipotong halus
  • 200 g (2 keping) tauhu, dipotong lapan
  • 50 g (2 paket kecil) suun
  • 30 g tauhu kering
  • 6 g (1 sudu teh) garam
  • 20 g (2 sudu makan) minyak sayur
  • 1 helai daun kunyit
(c) Sambal kacang
  • 75 g kacang tanah dibakar dan dikisar
·                     30 g (2 sudu makan) gula merah
  • 3 g (1/2 sudu teh) garam
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak syuran
  • 400 ml (2 cawan) air
25 g (1 sudu makan) asam jaya, diambil airnya
Cara memasak nasi himpit
Didihkan air bersama daun pandan. Masukkan paket beras. Pastikan paket beras sentiasa terendam. Tambahkan air jika perlu. Biarkan ia masak dalam air selama 1 1/2 hingga 2 jam. Toskan.
Cara membuat kuah lontong
  1. Tumiskan bawang merah, kunyit dan cili merah sehingga harum.
  2. Campurkan semua ramuan kecuali santan dan susu. Kacau hingga rata. Biarkan ia mendidih.
  3. Perlahankan api. Masukkan santan cair dan susu. Kacau dan tutupkan api.
Nota: Susu perlu dimasukkan selepas semua ramuan masak keranan ia akan berketul sekiranya dimasukkan pada awal lagi.
Cara memasak sambal kacang
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering yang telah dikisar hingga kuning atau harum. Kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan kacang tanah, gula merah dan air. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan air asam jawa, lengkuas dan serai.
  4. Biarkan masak sehingga pecah minyak.
Hidangkan nasi himpit dengan kuah lotong dan sambal kacang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar